Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

Kenangan ke pengalaman

Hari-hari yang dinanti oleh sya dan rakan-rakannya sudah tiba...

Hari dimana keputusan UPU akan diumumkan.
Ha sebelum terlupa sebenarnya sya ada dapat interview untuk pendidikan. Tapi semasa sya pergi interview untuk pendidikan tu sya telah melakukan sesuatu yang sangat memalukan dalam hidup dia...dan perkara tersebut tidak akan sya lupakan buat selama-lamanya.

Apa perkara yang sy tidak boleh lupakan..
Nak pergi interview pendidikan di UTM, ok dah cantik dah pakai baju kurung, dengan beg tangannya dan berkasut tumit tinggi...


Perh org kata perfect lah, bila tengok seorg anak gadis macam tu...ala2 gadis melayu kau...
Tapi, tup tup bila si sya ni naik tangga.
Ada satu bunyi "pop" waktu dia jalan.

Rupa-rupanya kasut tumit tingginya tercabut dan tercampak ke bawah....hoi, anak gadis ni dah cantik bergaya tapi dia masih lagi tidak dapat biasakan diri dia untuk berjalan secara professional lah org kata... Manakan tidaknya, selama ni sya hanya tahu guna kasut ala2 budak sekolah tu je, manalah dia ni reti bergaya sakan org kata...
sya is simple person...

Apa yang dia dapat tu jelah yang dia pakai...
Dia bukan jenis budak yang memilih...
Tulah pengalaman yang sya ni tak dapat nak lupakan, walaupun macam tu dia ok je semasa jawab soalan interviewer's berkenan dengan bidang yang di minati tu...

Tapi, selain si sya ni dapat pergi interview pendidikan dia juga ada dapat lagi satu interview....interview ni dia dapat dekat university yang dia idam-idamkan selama ini, university apa lagi university sains Malaysia lah...mak oit bila dia dapat tahu yang dia dapat interview dekat university yang memang dia nak sukalah dia...

"Yea, aku dapat interview kat USM dalam bidang apa entah aku pun tak tahu" ucap sya kepada rakan sebiliknya.

"Alhamdulillah, akhir cita-cita kau nak p USM termakbul juga kan" ucap rakannya kepada sya.

"Alhamdulillah, tapi aku tak pernah dengar pon nama bidang nie. Nama bidang ni pelik, almaklumlah kak aku yang isi borang ni bukan aku pon yang isi. Kalau aku isi, mesti aku isi untuk pendidikan usm yang lain memang tak lah" terang sya panjang lebar.

"Kau interview kat mana wei" soal rakan sya kepadanya.

"Alah, kat peneng r mana lagi, kau ni pon soalan" jawab sya sambil tersenyum.

"Sya cuba tengok betul2 kat mana jangan cuai" gesa rakan sya terhadap sya.

"Yalah, aku tengok aku p interview kat mana" jawab sya malas.

"Ha, bukan kat peneng. Kenapa aku kena interview kat kelantan....Usm ada ke kat kelantan.. Lol, aku ingatkan kat peneng" jawab sya sedih dan hampa.

"Kelantan, hahaha negeri aku tu. Selamat datang lah ya ke kelantan" jawab rakannya sambil tertawa riang.

"Alah, apa pasal bidang ni kat kelantan..aku beria-ia ingatkan bidang ni kat peneng. Usm ada ea kat kelantan selama ni aku tak pernah dengar pon usm ada kat kelantan" terang sya gamam.

"Sebab tulah aku suruh kau tengok betul2 kau dapat interview usm tu dekat mana, kalau bidang kesihatan memang lah kau akan dapat kat kelantan. Aku sahaja je suruh kau terkejut sebenarnya aku dapat agak dah kau kata kau dapat sains kesihatan...mesti lah kat kelantan. Tapi aku malas nak beritahu kau, aku nak kau sendiri yang baca. Heheheheee"  terang rakannya lagi.

"Kau dapat bidang apa sya sebenarnya"  soal rakannya sambil tertawa di depannya.

"Dia tulis kat sini bidang dietetik. Entahlah aku pon tak tahu wei, kak aku kata bidang ni bidang makanan. Heheheheee, almaklumlah bukan aku yang isi borangnya. Kak aku yang isikan, memang dia yang nak belajar bukan aku. Huhuhuhuu"  terang sya semula kepada rakannya itu.

"Ha, tak pelah asalkan kalau kau dapat!!! kau dan aku pasti bersama. Hahaha, nanti boleh kau datang rumah aku ya sya" gembira sungguh rakannya bila dia mengetahui yang si sya tu akan menjejakkan kakinya ke kelantan.

Tapi waktu interview bidang dietetik ni dia tak adalah gelabah macam dia pergi interview pendidikan tu...
Kali ni sya pergi interview dengan tenang sahaja tanpa ada rasa gelabah pon. Ceh, org kata dah professional lah heheheheee....

Jadi, waktu yang di tunggu2 sudah tiba...keputusan upu akan di umum ka n pada hari ini. Tepat pukul 9pagi sya pergi pon bukalah laman web tersebut.

Tet.... Internet slow sebabnya ramai yang masuk ke laman web tersebut.  Jadi, sya pon try buka semula laman web tersebut pada pukul 2ptg...


TAHNIAH...SILA PERGI KE LAMAN WEB UTAMA USM.

"Yea, dapat usm. Ha bidang apalah agak2 nya ea org dapat" omel sya seorg diri.

Buka sahaja laman web usm, sya dapati dia dapat bidang dietetik.

"Ha, bidang dietetik. Usm kelantan. Tidak... Habislah aku kena dok kelantan tu, dah bahasa dia pon aku tak faham Macam mana lah aku nak hidup kat situ" omel sya lagi macam tidak puas hati akan keputusan yang diberi itu.
Tapi, apa kan daya sya tetap kena pergi ke sana sebabnya keputusan upu dia x de...

~ malam tersebut pon berlalu dengan penuh syahdu buat si sya tu~

Ha, nanti kan samada sya mampu hidup ke tidak di bumi cik siti wan kembang tersebut.

To be continue...

Sya (kau cinta aku sayang)

Saturday, 16 July 2016

Aku dan cita-citaku


Aku (sya) bahagia gila bila dapat tawar ke usm manakan tidaknya usm adalah universiti impianku selama ini. TAPI!!!
(Ini kisahnya sebelum sya mendapat tawaran sambung belajar ke usm)
Jgn terkejut dari zaman metrikulasi lagi dia dah simpan logo usm kat bilik...
Siap gantungkan lagi logo tu dekat depan meja belajar dia.. Setiap kali nak mula belajar dia akan tenung dulu logo usm tu, dia berharap suatu hari dia akan menjadi sebahagian daripada pelajar usm tu...
"Harap je lah, almaklumlah dia ni pelajar yang malas nak belajar boleh ke dia masuk ke university Apex tu?" Soal sya dalam hati seorg diri...
Korang nak tahu tak apa course yang si sya ni mintak dekat usm nie?
Dia minta bidang pendidikan (mathematics)...semua org ingatkan dia nak jadi doktor ke, jurutera ke...
Rupa2nya nak jadi seorg pendidik...
Ha, x pelah sebenarnya itu lah cita-cita si sya dari kecil lagi. Dia kata, dia nak jadi seorg pendidik sebabnya dia nk dapat cuti yang banyak. Katanya lah.
Walaupun kawan2 ketawa bila dia menyampaikan hajatnya, tetapi pada sya itu bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-citanya.
"Alah relax2 sudah, aku tahulah apa yang terbaik untuk diri aku" kata sya kepada kawan-kawannya, korg jealous r tu pada aku kan.
"Tak adalah kita org sokong je apa bidang sekali pon yang kau ceburi asalkan kau bahagia" ucap roomate sya kepada sya.
"Oh ya ke, kalau macam tu oklah, aku ingatkan korg x suka bidang yang aku pilih ni"ucap sya kepada kawan.
"Bukan x suka, tapi pelik macam tak ada university lain yang kau nak minta, usm juga yang kau nak. Bukan uni tu jauh ke daripada rumah kay. Baik kau pergi je minta uni yang dekat dgn kawasan rumah kau, lagi bagus" omel rakannya kepadanya lagi.
"oooo yang pasal usm ni sebenarnya memang dah lama aku pasang niat nak masuk sebabnya aku memang minat usm ni sejak dulu lagi. Aku pon x tahu kenapa aku minta usm ni" terang sya kepada rakan-rakannya sambil tersenyum.
"Tak pelah, semua org ada sebabnya yang tersendiri untuk sesuatu perkara tu. Jadi, kita org sebagai kawan kau kita org hanya doakan yang baik2 je ea" ucap rakannya sambil tersenyum.
"Dah jom tidur esok kita nak exam kan" ucap kawannya lagi.
~malam pun berlalu~
Emm agak2 nya sya ni dapat tak usm dan dapat tak bidang yang dia minati...
Nantikan cerita yang Seterusnya...
To be continue
Sya (kau cinta aku sayang)
Copyright© All Rights Reserved projekbudakdiet.blogspot.my