Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Sunday, 16 October 2016

Who is a Dietitian

Dietitian

A Dietitian is a professional  expert in translating the science of food, nutrition, and medical nutrition therapy to fulfill the needs  of individual or target groups, whether in disease. They are equipped with knowledge and skills to perform nutritional assessment and diagnosis; conduct medical nutrition therapy; monitor, evaluate and documentation of nutrition care process of target groups that require diet intervention; provide dietary counseling and also nutrition education to individuals for the management of disease either acute or chronic disease. Besides, the dietitian plays an important role in promoting wellness in the community, food service industry including the development of therapeutic diet/ meals/recipes in food service  organizations and providing consultation to related industries. Some dietitian also participates in academic and research.

The dietitian is also involved in providing input for the formulation of  policies, protocols, clinical practice guidelines, medical nutrition therapy guidelines,  planning and implementation of  programs to support the current healthcare needs of the population. They  provide education and disseminate nutrition information through community activities and various modes of mass media like giving talks and attending interview radio and television, as well as writing in newsprint, professional articles for release in newspapers, journals, magazines, etc.

Category of Dietitians and some of the areas where their professional services can be contributed :

1. Clinical Dietitian
2. Food Service Dietitian
3. Community Dietitian
4. Academic and Research Dietitian
5. Sports Dietitian
6. Corporate dietitian

Tuesday, 11 October 2016

Entry kali ni pasal tips nak kawal kolesterol anda





Semoga input ini dapat membantu anda mencegah lebih awal daripada risiko penyakit jantung dan strok.


Ingat!! Kolesterol tidak kira usia muda atau tua dan gemuk atau kurus.






1)  Eh? Apa kaitan makan secra seimbang atau diet seimbang dengan kolesterol? Diet seimbang ialah diet yang mengandungi kuantiti atau saiz hidangan daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air yang betul dan mencukupi untuk tubuh kita.

Sekiranya diet seharian kita mengandungi kandungan lemak yang tinggi ia akan menyumbang kepada risiko peningkatan kolesterol dalam badan.Selain itu, diet yang tidak seimbang berserta dengan kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan peningkatan berat badan atau obesiti. Badan yang terlalu gemuk ini akan meningkatkan kandungan jumalah kolesterol yang tidak baik dalam badan serta memberi risiko tinggi kepada penyakit jantung.





2)  Punca peningkatan kolesterol yang utama adalah dari segi pemilihan makanan kita dan gaya pemakanan kita sendiri.

 Awas!! dengan makanan-makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi.

TETAPI!!

Tidak semestinya lemak itu jahat.

Ada juga lemak yang baik untuk kita iaitu makanan yang mengandungi lemak tak tepu seperti lemak poli tak tepu dan lemak mono tak tepu. Contohnya, lemak ikan, minyak sayur-sayuran, kekacang.

Hati-hati dengan penggunaan minyak sayur-sayuran. Ia tidak boleh boleh digunakan pada haba yang tinggi seperti mengoreng atau deep-fried kerana boleh merosakkan kandungan nutrisi serta mengubah struktur minyak kepada lemak trans.

Seeloknya digunakan untuk menumis, stir fried atau dimakan mentah.Lemak tak tepu lebih baik kerana kandungan lemak adalah sedikit berbanding lemak tak tepu. Ia juga dapat meningkatkan antibody dalam badan, mengurangkan jumlah LDL kolesterol, dan juga risiko penyakit jantung dan strok.




3) Hidangan buah-buah dan sayur-sayuran yang disarankan adalah

--- 2 hidangan buah sehari.
      - contoh : 2 biji epal atau 2 potong tembikai


--- 3 hidangan sayur sehari.
    - contoh : 3 cawan sayur mentah atau 1 ½ cawan sayur masak


Untuk makan bijirin perlulah bijirin yang tinggi serat,  contohnya oat, barli, bijirin sarapan yang rendah lemak, roti bijirin penuh(wholegrain bread) dan beras perang
##info tambahan: pengambilan oat yang berkesan untuk penurunan kolesterol sebanyak 6 sudu besar sehari.

Kelebihan makanan yang tinggi dengan kandungan serat ialah dapat membantu menyerap kolesterol dan buang dari tubuh badan.




4)  Kurangkan kekerapan pengambilan makanan yang menggunakan cara masakan yang tidak sihat seperti mengoreng, makanan bersantan. Contohnya 2 kali seminggu sahaja.
Kerapkan memilih makanan menggunakan cara memasak yang sihat.




5)  Ingatlah prinsip ini apabila anda makan di luar.




6) Senaman dapat meningkatkan kolesterol baik iaitu high density lipoprotein(HDL) dalam tubuh badan.
HDL penting untuk tubuh badan kita mengangkut kolesterol yang tidak baik iaitu (low density lipoprotein)LDL keluar dari tubuh badan kita.





7. Amalkan cara hidup yang sihat untuk kualti hidup yang baik.


---> Jom like page fb kami 7 Diet- Brain Project

https://www.facebook.com/7dietbrainsproject/?fref=ts

untuk info pemakanan yang lebih banyak lagi :)



#sayasayangdirisaya
#sayanaksihat
#jomubahdarisekarang


Friday, 2 September 2016

7 Diet-Brains

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dihulur sebagai pembuka kata,
First sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang terhingga kepada sesiapa saja yang sudi menjenguk dan membaca walau sekejap blog yang baru terhasil ini.

Jadi, sapa dia 7 Diet-Brains ni??

Ha..mai nak habaq. Kami ni merupakan graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan yang baru sahaja menamatkan pengajian pada 26 Ogos 2016 yang lepas. Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun pun kami kat USM Kelate tu. So, tumpang kepala otak kami ni dok fresh lagi dengan ilmu-ilmu yang kami belajaq dekat U tu, kami decide nak buat blog ni. (Ha tudiaa…keluaq dah bahasa Kedah)

Throwback sat gambaq zaman kurus dulu

Buat apa blog ni???
Hampa pernah tengok Running Man dak? Bohong aihh kalau tak pernah.

Ha, kami ni sama macam depa la. Sama dari segi bilangan. Hehe. Kami ni waktu first year dulu pakat tak kenai antara satu sama lain tapi bila dah 4 tahun dok sekali dah macam satu keluarga la pulak. Dalam diam kami bersaing tapi rupanya kami kongsi niat yang sama. Kalau Running Man tu suka lari, kami budak diet ni pula suka makan. Hahaha. Sapa tak suka makan weiii..



Sebenarnya kami ni obses dengan ilmu pasal makanan. 
Tapi sayang la kan kalau hanya antara kami ja yang tau pasal semua tu. 
Kan bagus kalau kami share dengan semua orang apa yang kami belajar. So, muncul la blog Kami Cinta Awak La Sayang (KCALS) ni.
Misi utama kami adalah untuk menyampaikan ilmu tentang makanan dan juga coretan-coretan pengalaman sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar dietetik USM. Semoga niat murni kami ini tercapai dan mendatangkan faedah kepada semua lapisan masyarakat. In Sha Allah.

Akhir kata, ingat ye sayang semua. You are what you eat!

Terima kasih awak yang membaca. :)

Salam sayang,
7 Diet-Brains

Thursday, 21 July 2016

Kenangan ke pengalaman

Hari-hari yang dinanti oleh sya dan rakan-rakannya sudah tiba...

Hari dimana keputusan UPU akan diumumkan.
Ha sebelum terlupa sebenarnya sya ada dapat interview untuk pendidikan. Tapi semasa sya pergi interview untuk pendidikan tu sya telah melakukan sesuatu yang sangat memalukan dalam hidup dia...dan perkara tersebut tidak akan sya lupakan buat selama-lamanya.

Apa perkara yang sy tidak boleh lupakan..
Nak pergi interview pendidikan di UTM, ok dah cantik dah pakai baju kurung, dengan beg tangannya dan berkasut tumit tinggi...


Perh org kata perfect lah, bila tengok seorg anak gadis macam tu...ala2 gadis melayu kau...
Tapi, tup tup bila si sya ni naik tangga.
Ada satu bunyi "pop" waktu dia jalan.

Rupa-rupanya kasut tumit tingginya tercabut dan tercampak ke bawah....hoi, anak gadis ni dah cantik bergaya tapi dia masih lagi tidak dapat biasakan diri dia untuk berjalan secara professional lah org kata... Manakan tidaknya, selama ni sya hanya tahu guna kasut ala2 budak sekolah tu je, manalah dia ni reti bergaya sakan org kata...
sya is simple person...

Apa yang dia dapat tu jelah yang dia pakai...
Dia bukan jenis budak yang memilih...
Tulah pengalaman yang sya ni tak dapat nak lupakan, walaupun macam tu dia ok je semasa jawab soalan interviewer's berkenan dengan bidang yang di minati tu...

Tapi, selain si sya ni dapat pergi interview pendidikan dia juga ada dapat lagi satu interview....interview ni dia dapat dekat university yang dia idam-idamkan selama ini, university apa lagi university sains Malaysia lah...mak oit bila dia dapat tahu yang dia dapat interview dekat university yang memang dia nak sukalah dia...

"Yea, aku dapat interview kat USM dalam bidang apa entah aku pun tak tahu" ucap sya kepada rakan sebiliknya.

"Alhamdulillah, akhir cita-cita kau nak p USM termakbul juga kan" ucap rakannya kepada sya.

"Alhamdulillah, tapi aku tak pernah dengar pon nama bidang nie. Nama bidang ni pelik, almaklumlah kak aku yang isi borang ni bukan aku pon yang isi. Kalau aku isi, mesti aku isi untuk pendidikan usm yang lain memang tak lah" terang sya panjang lebar.

"Kau interview kat mana wei" soal rakan sya kepadanya.

"Alah, kat peneng r mana lagi, kau ni pon soalan" jawab sya sambil tersenyum.

"Sya cuba tengok betul2 kat mana jangan cuai" gesa rakan sya terhadap sya.

"Yalah, aku tengok aku p interview kat mana" jawab sya malas.

"Ha, bukan kat peneng. Kenapa aku kena interview kat kelantan....Usm ada ke kat kelantan.. Lol, aku ingatkan kat peneng" jawab sya sedih dan hampa.

"Kelantan, hahaha negeri aku tu. Selamat datang lah ya ke kelantan" jawab rakannya sambil tertawa riang.

"Alah, apa pasal bidang ni kat kelantan..aku beria-ia ingatkan bidang ni kat peneng. Usm ada ea kat kelantan selama ni aku tak pernah dengar pon usm ada kat kelantan" terang sya gamam.

"Sebab tulah aku suruh kau tengok betul2 kau dapat interview usm tu dekat mana, kalau bidang kesihatan memang lah kau akan dapat kat kelantan. Aku sahaja je suruh kau terkejut sebenarnya aku dapat agak dah kau kata kau dapat sains kesihatan...mesti lah kat kelantan. Tapi aku malas nak beritahu kau, aku nak kau sendiri yang baca. Heheheheee"  terang rakannya lagi.

"Kau dapat bidang apa sya sebenarnya"  soal rakannya sambil tertawa di depannya.

"Dia tulis kat sini bidang dietetik. Entahlah aku pon tak tahu wei, kak aku kata bidang ni bidang makanan. Heheheheee, almaklumlah bukan aku yang isi borangnya. Kak aku yang isikan, memang dia yang nak belajar bukan aku. Huhuhuhuu"  terang sya semula kepada rakannya itu.

"Ha, tak pelah asalkan kalau kau dapat!!! kau dan aku pasti bersama. Hahaha, nanti boleh kau datang rumah aku ya sya" gembira sungguh rakannya bila dia mengetahui yang si sya tu akan menjejakkan kakinya ke kelantan.

Tapi waktu interview bidang dietetik ni dia tak adalah gelabah macam dia pergi interview pendidikan tu...
Kali ni sya pergi interview dengan tenang sahaja tanpa ada rasa gelabah pon. Ceh, org kata dah professional lah heheheheee....

Jadi, waktu yang di tunggu2 sudah tiba...keputusan upu akan di umum ka n pada hari ini. Tepat pukul 9pagi sya pergi pon bukalah laman web tersebut.

Tet.... Internet slow sebabnya ramai yang masuk ke laman web tersebut.  Jadi, sya pon try buka semula laman web tersebut pada pukul 2ptg...


TAHNIAH...SILA PERGI KE LAMAN WEB UTAMA USM.

"Yea, dapat usm. Ha bidang apalah agak2 nya ea org dapat" omel sya seorg diri.

Buka sahaja laman web usm, sya dapati dia dapat bidang dietetik.

"Ha, bidang dietetik. Usm kelantan. Tidak... Habislah aku kena dok kelantan tu, dah bahasa dia pon aku tak faham Macam mana lah aku nak hidup kat situ" omel sya lagi macam tidak puas hati akan keputusan yang diberi itu.
Tapi, apa kan daya sya tetap kena pergi ke sana sebabnya keputusan upu dia x de...

~ malam tersebut pon berlalu dengan penuh syahdu buat si sya tu~

Ha, nanti kan samada sya mampu hidup ke tidak di bumi cik siti wan kembang tersebut.

To be continue...

Sya (kau cinta aku sayang)

Saturday, 16 July 2016

Aku dan cita-citaku


Aku (sya) bahagia gila bila dapat tawar ke usm manakan tidaknya usm adalah universiti impianku selama ini. TAPI!!!
(Ini kisahnya sebelum sya mendapat tawaran sambung belajar ke usm)
Jgn terkejut dari zaman metrikulasi lagi dia dah simpan logo usm kat bilik...
Siap gantungkan lagi logo tu dekat depan meja belajar dia.. Setiap kali nak mula belajar dia akan tenung dulu logo usm tu, dia berharap suatu hari dia akan menjadi sebahagian daripada pelajar usm tu...
"Harap je lah, almaklumlah dia ni pelajar yang malas nak belajar boleh ke dia masuk ke university Apex tu?" Soal sya dalam hati seorg diri...
Korang nak tahu tak apa course yang si sya ni mintak dekat usm nie?
Dia minta bidang pendidikan (mathematics)...semua org ingatkan dia nak jadi doktor ke, jurutera ke...
Rupa2nya nak jadi seorg pendidik...
Ha, x pelah sebenarnya itu lah cita-cita si sya dari kecil lagi. Dia kata, dia nak jadi seorg pendidik sebabnya dia nk dapat cuti yang banyak. Katanya lah.
Walaupun kawan2 ketawa bila dia menyampaikan hajatnya, tetapi pada sya itu bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-citanya.
"Alah relax2 sudah, aku tahulah apa yang terbaik untuk diri aku" kata sya kepada kawan-kawannya, korg jealous r tu pada aku kan.
"Tak adalah kita org sokong je apa bidang sekali pon yang kau ceburi asalkan kau bahagia" ucap roomate sya kepada sya.
"Oh ya ke, kalau macam tu oklah, aku ingatkan korg x suka bidang yang aku pilih ni"ucap sya kepada kawan.
"Bukan x suka, tapi pelik macam tak ada university lain yang kau nak minta, usm juga yang kau nak. Bukan uni tu jauh ke daripada rumah kay. Baik kau pergi je minta uni yang dekat dgn kawasan rumah kau, lagi bagus" omel rakannya kepadanya lagi.
"oooo yang pasal usm ni sebenarnya memang dah lama aku pasang niat nak masuk sebabnya aku memang minat usm ni sejak dulu lagi. Aku pon x tahu kenapa aku minta usm ni" terang sya kepada rakan-rakannya sambil tersenyum.
"Tak pelah, semua org ada sebabnya yang tersendiri untuk sesuatu perkara tu. Jadi, kita org sebagai kawan kau kita org hanya doakan yang baik2 je ea" ucap rakannya sambil tersenyum.
"Dah jom tidur esok kita nak exam kan" ucap kawannya lagi.
~malam pun berlalu~
Emm agak2 nya sya ni dapat tak usm dan dapat tak bidang yang dia minati...
Nantikan cerita yang Seterusnya...
To be continue
Sya (kau cinta aku sayang)
Copyright© All Rights Reserved projekbudakdiet.blogspot.my