Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dihulur sebagai pembuka kata,
First sekali kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih yang terhingga kepada sesiapa saja yang sudi menjenguk dan membaca
walau sekejap blog yang baru terhasil ini.
Jadi, sapa dia 7 Diet-Brains ni??
Ha..mai nak habaq. Kami ni merupakan
graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) dari Universiti
Sains Malaysia Kampus Kesihatan yang baru sahaja menamatkan pengajian pada 26
Ogos 2016 yang lepas. Pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun pun kami kat USM Kelate tu. So, tumpang kepala otak kami ni dok fresh lagi dengan ilmu-ilmu yang kami belajaq dekat U tu, kami decide nak buat blog ni. (Ha tudiaa…keluaq dah bahasa Kedah)
![]() |
| Throwback sat gambaq zaman kurus dulu |
Buat apa blog ni???
Hampa pernah tengok Running Man dak? Bohong
aihh kalau tak pernah.
Ha, kami ni sama macam depa la. Sama dari segi bilangan. Hehe. Kami ni waktu first year dulu pakat tak kenai antara satu sama lain tapi bila dah 4 tahun dok
sekali dah macam satu keluarga la pulak. Dalam diam kami bersaing tapi rupanya kami kongsi niat yang sama. Kalau
Running Man tu suka lari, kami budak diet ni pula suka makan. Hahaha. Sapa tak
suka makan weiii..
Tapi sayang la kan kalau hanya antara kami ja yang tau pasal semua tu.
Kan
bagus kalau kami share dengan semua orang apa yang kami belajar. So, muncul la
blog Kami Cinta Awak La Sayang (KCALS) ni.
Misi utama kami adalah untuk menyampaikan ilmu
tentang makanan dan juga coretan-coretan pengalaman sepanjang menjalani
kehidupan sebagai pelajar dietetik USM. Semoga niat murni kami ini tercapai dan
mendatangkan faedah kepada semua lapisan masyarakat. In Sha Allah.
Akhir kata, ingat ye sayang semua. You are what you eat!
Terima kasih awak yang membaca. :)
Salam
sayang,
7 Diet-Brains






